Aug 13, 2025 - FASSelangor FC meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2025/26 selepas menewaskan pasukan Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC dengan kemenangan 3-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Perlawanan bermula dengan penuh bertenaga, Kevin Deeromram, pemain import baharu Gergasi Merah berjaya mencetak dua gol pertama beliau dalam aksi #SFCDPMM pada minit kelima ke-36, dan kedua-dua gol beliau di ‘assist’ oleh Quentin Cheng. Kemudian, seorang lagi pemain import baharu Merah Kuning musim ini, Chrigor Moraes akhirnya berjaya menambah jaringan pasukan pada minit ke-67 dengan tandukan kemas beliau selepas percubaan demi percubaan. Quentin Cheng dalam masa yang sama telah mencatat hatrik ‘assist’ pada malam semalam daripada ketiga-tiga jaringan tersebut. Kemenangan pertama aksi ‘Home’ ini meletakkan pasukan di tempat kelima saingan Liga Super 2025/26 dengan tiga mata terkumpul.
Menurut Ketua Jurulatih Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi, menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan kemenangan ini tetapi mahu para pemain Gergasi Merah untuk kekal fokus menjelang aksi seterusnya, “Kemenangan ini menunjukkan bahawa kami berada di tahap baik, tetapi kekuatan sahaja tidak mencukupi, kita perlu terus membaiki setiap kelemahan yang ada serta membuat persiapan yang terbaik untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang,”
Bila ditanyakan berkenaan pemain-pemain baharu, “Kevin Deeromram menunjukkan prestasi yang memuaskan setakat ini dengan dua jaringan gol beliau tetapi tiada bantuan gol berjaya di cetak pada malam semalam, kita akan perbaiki bahagian ini. Bagi saya, pemain baharu seperti Kevin Deeromram, Chrigor Moraes, dan Zach Clough sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Malaysia. Mereka mempunyai potensi yang besar untuk terus bantu pasukan mencapai kejayaan bersama pemain-pemain musim ini.”
Pihak pengurusan Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 4,260 penyokong yang telah hadir ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan dalam perlawanan pertama ‘Home’ musim ini.
Seterusnya, perlawanan Piala FA 2025 ‘Round 16’ pertama, Selangor FC akan bertemu Malaysian University pada 16 Ogos di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sebagai pasukan lawan pada jam 5 petang.
Pihak Selangor FC berharap semangat juang ini akan terus dikekalkan dalam perlawanan yang akan datang.
Demi Kebanggaan!